Oleh: Irfan Septiano | Oktober 28, 2008

Sistem Rangka

 

Sistem rangka termasuklah tulang, rawan, gigi dan sendi.

Rangka struktur yang keras biasanya terdiri dari tulang dan rawan. Struktur ini menyokong dan melindungi tisu-tisu yang lembut.

Tulang dibentuk terutamanya melalui “intramembranous ossification” yang mana tulang leper terbentuk, atau melalui “endochondra formation” seperti pembentukan tulang panjang. Tulang terdiri daripada sel-sel dalam matrik interselular dipanggil osteoid. Tulang terdiri daripada 1/3 bahan organik dan 2/3 bahan tak organik.

Eksoskeleton: Skeleton luar badan yang berasal dari ektoderm.

Endoskeleton: Skeleton dalam badan yang ditutupi oleh tisu lembut (otot). Skeleton ini berasal dari mesoderm kecuali notokord atau skeleton aksial primitif yang berasal dari endoderm.

Bahagian-bahagian utama badan: kepala; leher; badan; ekor; kaki

Tulang rangka mempunyai dua fungsi utama:

i. menyokong badan (membenarkan pergerakan normal hanya pada kawasan tertentu sahaja ie. sendi, terutamanya sendi sinovium)

ii. melindungi struktur-struktur dalaman badan, cth. otak dilindungi oleh tengkorak, jantung dan paru-paru dilindungi oleh tulang rusuk.

 

Lain-lain fungsi ialah:

menghasilkan sel darah merah dalam sum-sum tulang dan menyimpan bahan mineral kalsium dan fosforus. Bertindak sebagai organ hemopoietik.

pelekatan otot untuk pergerakkan.

 

Sistem skeleton dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Skeleton aksial

Skeleton apendikular

Skeleton splanknik /visera

Skeleton aksial

Skeleton yang terletak di bahagian median badan. Tulang-tulang skeleton ini terdiri dari tengkorak (skull), tulang rusuk (rib), tulang vertebra dan tulang sternum. Tulang-tulang skeleton ini tidak berpasangan kecuali tulang rusuk (tulang-tulang tengkorak ada yang berpasangan dan ada yang tidak).

Skeleton apendikular

Skeleton yang bersambung dengan skeleton aksial (melalui dua struktur tulang i.e: tulang bahu dan tulang pelvik). Tulang-tulang skeleton ini terdiri dari tulang-tulang apendej atau tulang-tulang kaki.

VPM 2010/sis.rangka 1

Skeleton visera

Terdiri dari tulang yang terbina dari tisu visera atau organ lembut. Contoh: Os penis anjing, Os cordis lembu (tulang dalam jantung) dan gelang skelera dalam mata burung.

Kelas-kelas tulang: mengikut bentuk dan fungsi

1. Tulang panjang

 

Mempunyai shaf(diaphysis) atau badan yang panjang dan berbentuk selinder berongga (rongga = kaviti medula yang mengandungi sum-sum). Kedua-dua hujung shaf tulang ini besar (epiphysis). Semasa tumbesaran, setiap hujung adalah terpisah dari shaf oleh rawan epifisis (epiphyseal cartilage). Tumbesaran tulang akan berhenti bila matang dan epifisis akan bercantum dengan shaf.

2. Tulang leper

 

Besar dalam dua arah. Sediakan kawasan untuk perlekatan bagi otot-otot dan melindungi organ-organ yang ditutupinya.

3 Tulang pendek

 

Mempunyai ukuran panjang, lebar dan tebal yang sama. Contoh, tulang karpus dan tarsus. Fungsi, mengurangkan konkasyen. Tulang sesamoid yang terdapat dalam kapsul sendi atau tendon boleh dianggap sebagai tulang pendek. Tulang sesamoid dapat mengurangkan atau menghilangkan geseran atau menukar arah tendon.

4. Tulang ganjil

Mempunyai bentuk yang ganjil seperti tulang vertebra dan tulang bahagian base tengkorak. Tulang ini tidak ada pasangan dan terletak di bahagian median.

Struktur tulang panjang

1. Tulang padat

 

Tulang lapisan luar yang keras dan padat. Ketebalan tulang ini berbeza mengikut keadaan tempat. Di bahagian tulang yang menerima tekanan yang kuat ianya tebal.

Tulang panjang – bahagian tengah shaf tebal dan bertambah nipis hala kehujungnya di mana tulang ini menjadi sangat nipis dan padat, permukaan sendi licin.

2. Tulang spongi

 

Tulang lapisan dalam yang lebih lembut. Terdiri-dari plat-plat dan spikul-spikul tulang lembut yang teratur seperti jejaring. Ruang medula (ruang antara plat-plat dan spikul-spikul tulang) yang halus mengandungi som-som.

Nota: Setengah tulang mempunyai ruang udara dalam tulang padat mengganti tulang spongi dan som-som. Ruang udara ini dikenali sebagai

VPM 2010/sis.rangka 2

sinus yang diselaputi oleh membran mukusa dan tulang demikian dikenali sebagai tulang pneumatik. Adakalanya dua lapisan tulang padat (tulang leper) bercantum tanpa adanya lapisan tulang spongi diantara lapisan tulang padat.

Tulang leper (i.e tulang kranium) terdiri dari tulang padat biasa di lapisan luar (lamina eksterna) dan tulang lebih padat di lapisan dalam (lamina interna). Diantara 2 lamina terdapat juga tulang spongi yang dikenali sebagai diploe.

3. Periosteum

 

Membran yang menutupi permukaan luar tulang kecuali pada tempat yang ditutupi oleh rawan. Membran ini mempunyai dua lapisan: lapisan gentian dan lapisan osteogenik.

Lapisan gentian: Lapisan luar yang ketebalannya bergantung kepada keadaan beban yang biasa diterimanya: jika beban itu besar maka lapisan ini menjadi tebal.

Lapisan sel osteogenik: lapisan dalam yang menghasilkan tisu tulang, pembinaan tisu ini lebih aktif semasa tumbesaran, tisu ini menjadi aktif apabila bahagian tulang berdekatan dengannya itu retak atau patah.

Keadaan perlekatan periosteum kepada tulang berbeza. Ianya nipis dan senang ditanggalkan dimana tulang itu ditutupi oleh otot. Bilangan salur darah periosteum bergantung kepada aktiviti periosteum: salur darah bertambah jika aktivitinya bertambah.

4. Endosteum

 

Membran gentian nipis yang menyelaputi kaviti medula dan kanal Haversian.

5. Som-som

 

Tisu penghasil sel-sel darah. Oleh itu tisu som-som terdiri dari berbagai sel. Som-som ini boleh didapati dalam ruang-ruang kecil tulang spongi dan juga dalam kaviti medula. Som-som boleh dibahagikan kepada dua jenis:

i. Som-som merah: penghasil darah. Warnanya merah.

ii. Som-som kuning: som-som yang telah bertukar menjadi tisu lemak; terdapat pada ternakan yang tua; lagi tua ternakan itu lagi banyak som-som kuning.

 


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: